Tahniah kepada pelajar=pelajar STPM tahun 2007 kerana telah berjaya mencatat keputusan STPM yang membanggakan. Kepada mereka yang berjaya semoga dapat meneruskan kejayaan pada masa hadapan dengan melanjutkan pelajaran ke Universiti pilihan masing-masing. Kepada yang kurang berjaya semoga dapat diperbaiki lagi pada masa hadapan.
Pihak PERTINA dam guru-guru tingkatan enam khasnya berasa gembira kerana keputusan peperiksaan STPM pada tahun ini bolehlah dibanggakan.
Keseluruhannya peratus kelulusan pada tahun ini ialah 98.36% iaitu hanya 2 orang calon sahaja yang tidak mendapat P dalam mata pelajaran yang diambil. Manakala seramai 62 orang mendapat 5P, 23 orang mendapat 4P, 14 orang mendapat 3P, 11 orang mendapat 2P dan 11 orang juga mendapat 1P.
Dari sudut mata pelajaran, mata pelajaran PSV mnencatat kelulusan terbaik iaitu 89.2%, Geografi 87.4%, , sejarah 82.4%, Kesusasteraan Melayu 81.8%, Bahasa Melayu 77.9% dan Pengajian aM 74.6%.
Seorang pelajar mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.
Sekali lagi tahniah kepada yang berjaya semoga pada tahun ini akan mendapat kejayaan yang lebih gemilang.
19 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan