Tahniah kepada pelajar=pelajar STPM tahun 2007 kerana telah berjaya mencatat keputusan STPM yang membanggakan. Kepada mereka yang berjaya semoga dapat meneruskan kejayaan pada masa hadapan dengan melanjutkan pelajaran ke Universiti pilihan masing-masing. Kepada yang kurang berjaya semoga dapat diperbaiki lagi pada masa hadapan.
Pihak PERTINA dam guru-guru tingkatan enam khasnya berasa gembira kerana keputusan peperiksaan STPM pada tahun ini bolehlah dibanggakan.
Keseluruhannya peratus kelulusan pada tahun ini ialah 98.36% iaitu hanya 2 orang calon sahaja yang tidak mendapat P dalam mata pelajaran yang diambil. Manakala seramai 62 orang mendapat 5P, 23 orang mendapat 4P, 14 orang mendapat 3P, 11 orang mendapat 2P dan 11 orang juga mendapat 1P.
Dari sudut mata pelajaran, mata pelajaran PSV mnencatat kelulusan terbaik iaitu 89.2%, Geografi 87.4%, , sejarah 82.4%, Kesusasteraan Melayu 81.8%, Bahasa Melayu 77.9% dan Pengajian aM 74.6%.
Seorang pelajar mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.
Sekali lagi tahniah kepada yang berjaya semoga pada tahun ini akan mendapat kejayaan yang lebih gemilang.
19 Mac 2008
07 Mac 2008
KEPUTUSAN STPM 2007
pADA 12.3.2008 (SELASA) keputusan peperiksaan STPM akan diumumkan. Kami warga pendidik tingkatan enam SMKSIS Pasir Mas, mendoakan kejayaan semua pelajar tingkatan enam 2007. Diharapkan akan mendapat keputusan yang cemerlang dan memecahkan rekod keputusan 100% pada tahun ini sebagaimana yang diidamkan oleh warga smksis. Harap semua che gu tingkatan enam sama-sama menunggu dengan sabar. Tetapi saya tidak dapat hadir pada hari keputusan tersebut kerana menghadiri kursus PTK di New Pasifik Hotel Kota Bharu.
Doakan juga guru-guru yang berkursus ini akan mendapat kejayaan. Amiin
Hiyatulkibri
Doakan juga guru-guru yang berkursus ini akan mendapat kejayaan. Amiin
Hiyatulkibri
KATA PEMBUKAAN
Sesuai dengan perkembangan ICT, blog ini disediakan dengan tujuan ahli-ahli PERTINA SMKSIS DAPAT MENYUARAKAN rasa hati dan pendapat masing-masing mengikut saluran yang betul. Blog ini membuka peluang kepada semua ahli menyuarakan pendapat dan berkongsi pengalaman mengikut cara yang betul.
Menerusi blog ini semua aktiviti PERTINA boleh disimpan dan dicatatkan dalam pelbagai media. foto, video, dan sebagainya
Diharapkan mendapat manfaat semua.
Wassalam
Hiyatulkibri bin Yaacob
Guru Penasihat Pertina SMKSIS
Menerusi blog ini semua aktiviti PERTINA boleh disimpan dan dicatatkan dalam pelbagai media. foto, video, dan sebagainya
Diharapkan mendapat manfaat semua.
Wassalam
Hiyatulkibri bin Yaacob
Guru Penasihat Pertina SMKSIS
Langgan:
Catatan (Atom)